Penderaan seksual


Salam sejahtera,

Penderaan seksual bukanlah sesuatu yang janggal kita dengar, malah hampir setiap hari kita mendengarnya melalui berita, internet dan lain – lain.

Tabiat ini agak membimbangkan kerana ia seakan – akan menjadi kebiasaan malah golongan remaja berusia kurang daripada 19 tahun ke bawah juga turut sama tersenarai dalam statistik tersebut. Kanak kanak kerap menjadi mangsa penderaan seksual kerana mereka mudah terpedaya dengan sipenghaus nafsu memerangkap mereka dengan mempelawa gula – gula, jajan, mainan mahupun benda – benda yang disukai oleh kanak – kanak.

Manusia seperti ini langsung tidak mempunyai rasa perikemanusiaan sanggup melakukan perkara keji seperti itu. Walaupun dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, namun nafsu telah menguasai diri lebih daripada pertimbangan akal. Golongan ini diibaratkan lebih hina daripada binatang (memang itulah gelaran yang tepat untuk mereka). Sedangkan haiwan/binatang sekalipun tidak menganiayai anak sendiri malah lebih disayangi dan dilindungi.

Faktor seperti ini membawa kesan yang mendalam dalam masyarakat terutama golongan yang pernah menjadi mangsa penderaan. Sikap mereka mungkin berubah seperti kemurungan, sukar bergaul dalam masyarakat, trauma, dan lain – lain lagi kesan psikologi yang dihadapi. Masyarakat setempat juga turut terkesan seperti pandangan yang agak negatif daripada orang ramai (mungkin segelintir sahaja). Kemungkinan juga ia boleh menjejaskan masa hadapan mereka terutamanya golongan muda disebabkan mereka mungkin tidak boleh menerima keadaan mereka seadanya yang difikirkan kotor dan sebagainya.

Jadi, persoalannya apakah yang mendorong manusia sanggup bertindak kejam dengan melakukan penderaan seksual? Jawapan yang tepat bagi saya ialah faktor luar.

Trend hidup masa kini yang mementingkan fesyen yang glamour yang digembar gemburkan pihak media, terutamanya golongan wanita menggayakan diri dengan pakaian style ala barat. Mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat seperti rambut, dada, lutut dan ke bawah. Memakai pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan (meningkatkan keghairahan nafsu lelaki yang melihatnya). Bersolek berlebih – lebihan supaya nampak lebih menonjol dikhalayak ramai (merupakan topeng syaitan yang dipakai wanita berkenaan).

Di internet, banyak sekali maklumat melalui video, audio, mahupun berita yang mempunyai unsur seksualiti. Tetapi yang jelas sekali adalah pornografi yang berkaitan dengan video lucah, dan perlakuan seks yang ditayangkan secara umum. Peratus golongan yang melayari laman web berunsur pornografi adalah lelaki.

Di mana – mana sahaja kita pergi, tak terlepas kita dengan faktor – faktor tersebut. Namun apa yang paling penting ialah kekuatan dan keimanan kita menangani segala godaan sama ada kuat atau lemah itu terserah kepada kita yang menentukannya. Haruslah diingat bahawa Allah sahajalah yang berkuasa atas segala – galanya dan kita hanya mampu berdoa dan bertawakal kepadanya supaya ditunjukkan jalan yang benar dan digolongkan dalam golongan orang – orang yang beriman, Insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Umum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s