Gejala Negatif


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Keruntuhan akhlak masa kini amat membimbangkan. Banyak gejala – gejala negatif membelengu masyarakat terutamanya generasi muda yang menjadi tunjang masa depan negara. Tak kurang juga generasi tua yang semakin menjadi – jadi sejak kebelakangan ini.

Berkisar mengenai keruntuhan akhlak ini, saya amat berdukacita apabila dikhabarkan berita mengenai :

MELAKA: Sepasang kekasih bukan saja menjadikan bilik hotel bajet yang disewa sebagai tempat melampiaskan nafsu, malah dipercayai turut menjadikannya sebagai tempat melepaskan gian untuk menghisap syabu.

Ini berikutan pasangan kekasih ditahan ketika ‘lalok’ menerusi operasi sepasukan polis ke atas sebuah hotel di Bandar Hilir, dekat sini, kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu lalu.

Difahamkan, ujian air kencing terhadap kedua-dua pasangan itu yang membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 21 tahun didapati positif syabu, malah pemeriksaan lanjut polis menemui syabu pada lelaki terbabit.

Remaja perempuan terbabit kemudian diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas reman ke atasnya selesai dan disabitkan dengan kesalahan berkhalwat dengan kekasihnya.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan, pasangan terbabit mendakwa memasuki bilik itu beberapa jam sebelum diserbu polis.

Katanya, ketika ditahan hanya pasangan terbabit berada di dalam bilik berkenaan dan polis menjalankan pemeriksaan terhadap mereka.

“Pasangan terbabit berdua-duaan di dalam bilik berkenaan dan dipercayai melakukan maksiat. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan gadis itu diserahkan kepada Jaim hari ini (semalam), manakala lelaki terbabit masih direman,” katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan terbabit berkenalan sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini gadis terbabit mengakui pernah beberapa kali ke rumah teman lelakinya itu.

Katanya, dia menjadikan bilik di rumah lelaki terbabit sebagai tempat melakukan maksiat, tetapi mereka tidak melakukan lagi di situ kerana beberapa kali diserbu penduduk kampung.

“Ketika ini, pihak Jaim mengambil keterangan gadis itu serta lelaki terbabit selepas dia akan diserahkan nanti

“Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim dengan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Berita ini memang sesuatu yang mengejutkan. Apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara islam yang diiktiraf di seluruh dunia malah menjadi ketua negara islam di peringkat global.

Kenapa mereka sanggup mencemarkan nama baik diri sendiri dan keluarga, inilah yang menjadi persoalannya sekarang. Mungkin mereka tiada didikan agama, tak mustahil juga jika dikatakan mereka ada didikan agama namun ilmu yang ada tidak diamalkan dalam kehidupan seharian bagai “menyiram air ke daun keladi”, perumpamaan itu memang sesuai menggambarkan situasi tersebut.

Hawa nafsulah yang menjadi punca utama bertapaknya kejahatan di dunia. “Jika tiada hawa nafsu maka bukan manusialah namanya” . Allah memberi akal dan nafsu kepada manusia, jadi terserahlah sama ada kita mampu memilih mana yang benar dan salah. Yang pasti kesedaran diri itu amat penting.

Pengaruh negatif daripada luar seperti laman web lucah, lagu-lagu yang berunsur cacian, penglibatan filem-filem pornografi, dan macam-macam lagi yang boleh dilihat. Kita sendiri pun dapat melihat situasi ini di depan kaca televisyen seperti filem barat menayangkan aurat yang terdedah yang boleh meningkatkan keghairahan sipenonton. Sebab itulah golongan seperti ini mudah terjerumus ke arah maksiat dan sebagainya.

Malah dalam kehidupan seharian pun, macam-macam kerenah manusia yang dapat kita lihat. Ada golongan yang suka melepak bersama rakan-rakan tanpa ada tujuan, melakukan vandalisme di tempat awam, merokok, menghisap gam dan ganja, dan sebagainya.

Jika tabiat ini dibiarkan, tak mustahillah masyarakat terutamanya generasi akan datang mengalami zaman keruntuhan akhlak yang dahsyat. Tiada pemimpin yang bakal menggantikan kewibawaan tokoh-tokoh pemimpin sekarang dan pastinya negara dalam keadaan yang memeritkan ,amat mendukacitakan jika perkara itu berlaku.

Tindakan kerajaan harus diberi pujian dalam merencanakan pelbagai pelan tindakan mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada golongan penggangur (kursus juga diberikan), memberi peluang kepada golongan muda menjadi usahawan, dan sebagainya.

Perdana menteri kita Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak juga telah menetapkan slogan “1Malaysia” yang bermaksud perpaduan dan sikap toleransi sesama kita. Masyarakat adalah tunjang kekuatan yang boleh membendung masalah gejala negatif. Contohnya dalam sesebuah komuniti, antara jiran dengan jiran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak mereka. Saling tegur-menegur dan bersikap terbuka antara satu sama lain merupakan jalinan ikatan yang perlu dalam menjamin kehidupan yang lebih sihat,

Memang tidak dapat dinafikan sukar untuk menangani masalah gejala negatif ini. Walaupun pun berbagai tindakan dilakukan sama ada kerajaan mahupun masyarakat setempat masih lagi perkara tersebut berulang. Kesimpulan yang hendak saya nyatakan adalah kesedaran. Muhasabahlah diri sendiri, nilai perkara-perkara yang kita lakukan sama ada baik atau buruk. Daripada situ, lihat kesan dan akibat dari perbuatan kita insya-Allah statistik gejala negatif ini pasti berkurangan. Sekian…

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Umum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s